Ukhuwah fillah abadan abada.. Syukran 'alaikum

Thursday 19 September 2013

UP and DOWN +_+

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk sekali lagi berkongsi. Masa berlalu terlalu cepat mnyebabkan x sempat nk bertinta di sini..

Teringin untuk berkongsi.. Tanggal 20 Julai 2013(11 ramadhan) arwah abang kedua pergi dijemput Ilahi dgn tenang stelah 3 bulan bergelut di ICU.. banyak hikmah yg Allah hantar di sebalik kesedihan yg melanda. Allah lebih sygkan dia.

Hidup tetap diteruskan seperti biasa. Kesibukan di UITM membuatkan hati sedikit terubat.. Assignments menjadi pengubat rindu dengan semangat yang arwah terapkan dahulu walaupun pada saat itu terbaring tanpa dapat bercakap hanya sekadar menulis dan buat kali terakhirnya menulis 2 hari sebelum hari lahir saya.

'Adik, demo dapat UITM??'
'Haah, kawe dapat uitm.. hehe'
"TESL ke??'
"Tak la, kawe dapat law..'
'Law?? huhu.. pening la demo..'

Masih lagi teringat perbualan yang berlaku pada waktu itu. Arwah menjadi semangat untuk saya teruskan perjuangan di sini.. ya.. *menitis air mata* semoga arwah ditempatkan bersama-sama org2 yg soleh.. amin.. mama ckp ari ni genap 2 bulan arwah abele pergi..

ptg sebelum arwah pergi.
<abele>


Muhasabah diri:
satu masa kita pun akan berada di tempat yg sama.. tp bgaimana keadaan kita kembali kpd Allah :)

ps: doakan sy ade test dan insyaAllah final 25hb ni.. sme2 kita berjaya di dunia dan akhirat.. insyaAllah.. aminnn..

wassalam <3


2 comments:

  1. Takziah. Moga arwah akan bertemu semula dengan anda, kelak di Syurga nan bahagia. Amin.

    ReplyDelete
  2. Takziah. Be strong. Yes, jadikan ia sebagai pembakar semangat :)

    ReplyDelete


Daisypath Happy Birthday tickers